Monday, 24 September 2012

HaPpY New Year Yg Tak New SanGat~~

AssaLaMuaLaikum......

Lame betul tak update blog...sampaikn email and password nak masuk blog ni pun dah luper~~  ape pun...Alhamdulillah...kite masih diberi kesempatan utk hidup sampai la ke hari ni...Sedar x sedar dah masuk Tahun 2012....so....just nk wish HAPPY NEW YEAR yg x new dah...lol...hope segala yg kite azamkn tahun lepas dah pun terlaksana.. Happy2 selalu dan kongsi ke"happy"an anda dgn yg lain k~~ jgn layan sorg2 jaaaa...ok..tu je kut untuk ari ni...^_^ take care sume...salam..

Sunday, 11 December 2011

Saje2~~

::bangun2 je tido terus bukak blog~~ tpi x taw nk update ape....so its end with this~~::

p/s: sumpah x de idea...hehehehe...sorry....

Friday, 9 December 2011

CERPEN


P/S: hasil karya semasa di tingkatan 5...sumber ilham, teman berlainan jantinaku yg pertama iaitu Redza Iskandar...:) enjoy your reading and do comment keyh~~ hihihi...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
~STARS~

        Awan menghitam seakan memahami gelojak hati. Aku masih di kerusi batu, terletak beberapa langkah di hadapan sebuah tasik di Taman Baiduri, Kampus Alam Nirwana, Universiti Malaya. Pandanganku beku pada langit yang membiru disinari cahaya bintang berkerdipan. Ah, betapa indah ciptaan Tuhan! Bukan sahaja mendamaikan bahkan menjadi ilham buat insan yang diciptakan untuk menghayati dan menjiwai hasil seni kurniaan ilahi. Terasa dingin angin, bertiup lembut menyapa wajah.
      
         Ku bawa pandanganku ke arah jam di pergelangan tangan kananku. Waktu sudah menjangkau pukul 12 tengah malam. Namun, apa yang aku nanti masih belum kelihatan. Mana ni? Aku bermonolog sendirian.

         Seketika, fikiranku melayang mengingatkan kembali detik yang indah buat diriku... Mempunyai sahabat sepertinya memang di luar dugaanku. Aku seorang yang panas baran dan lebih menyenangi kaum sejenis denganku, berbanding kaum ADAM! Mungkin kerana sejak dari kecil, aku seringkali dihina dan diejek oleh golongan tersebut, disebabkan parasku yang sedikit hodoh dan agak gempal. Namun, aku tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bagiku, rupa parasku adalah kurniaan Yang Maha Agung. Dan setiap kurniaan-Nya adalah yang indah belaka. Hari berlalu meninggalkan seribu kepahitan dalam hidupku. Cakap sahaja gelaran apapun, “Big Show”? “Gemuk”? “Montel”? Aku telah lali.

          Namun, segalanya berubah apabila aku memperoleh 8A di dalam Penilaian Menengah Rendah atau singkatannya PMR. Aku terpilih untuk memasuki sebuah sekolah yang diberi jolokan ‘Sekolah Kluster’ iaitu Maktab Rendah Sains MARA, Taiping. Benar! Sewaktu di sekolah lamaku, seringkali terlintas di cuping telinga, segelintir pelajar mengatakan bahawa penuntut di Maktab Rendah Sains MARA mempunyai rupa paras yang cantik bagi perempuan, tidak kurang juga lelaki yang kacak parasnya. Tetapi, ia membuatkan aku semakin bimbang. Adakah aku akan merosakkan imej mereka kelak? Atau aku memang ditakdirkan untuk menyertai mereka kerana aku juga mempunyai paras yang cantik? Haha... Perasan betul! Namun, apapun kata orang, aku ke MRSM untuk menuntut ilmu.
    “ Hai Ziela?! Sibuk nampak?” suara lelaki menyapaku. Pandangan terhadap kertas ‘handout’ yang diamanahkan oleh Cikgu Wan Rohani ku alihkan ke wajahnya. Dialah Redza. Sahabat pertama yang bertentangan jantina denganku. Entah apa yang menarik padanya, aku sendiri tidak tahu. Tetapi aku akui, wajahnya yang putih gebu, berkaca mata dan tubuhnya yang agak tinggi dan tegap kadangkala menarik perhatianku. Kadang-kadang juga membuatkan pipiku merona merah apabila berhadapan dengannya!
     “ Eh? Awak ke? Ingatkan siapa tadi? Ni ha... Handout ‘Physics’, Cikgu Wan suruh buat la...,” Aku membalas sambil mataku kembali tertumpu pada kiraan ‘handout’ tersebut.
      “ Whoa... Ye la... Vice-President kelas lah katakan...,” katanya lagi. Pipiku merona merah. Kan dah cakap...kerana inilah rupa ku seakan memakai ‘blusher’ ketika berhadapan dengannya. Suka benar dia mengusikku.
       “ Mana ada lah!” kataku sedikit tinggi. Aku masih tunduk, malu dengan kata-katanya.
       “ Alah... Ok la... Saya nak pergi Pusat Sumber Pembelajaran. Nanti, lama-lama dekat sini bertambah pulak blusher kat pipi tu,” dia membalas lantas meninggalkanku. Eii! Dengus hatiku.
         Pertemuan dengan Syarizal, membuatkan aku terasa berbunga-bunga. Pemimpin kepada Kadet Polis Maktab itu memang menarik perhatianku. Segalanya aku ceritakan kepada Redza, sahabat yang bagiku, memahami.
        “ Dia ke?” soalnya ketika aku bercerita mengenai Syarizal.
        “ Saya kenal dia, baik juga orangnya,” sambungnya lagi.

         Semenjak hari itu, aku jarang menemui Redza. Suatu hari, aku menerima secebis kertas yang diletakkan di atas mejaku. Puas aku bertanya kepada rakan sekelas. Pada Ieka, Iezy, Fidah, Nad, Tierah dan Tiekah, semuanya menggeleng. Pada Ain, Fieqah, Miera, Sofiah, Syera dan Adz, semuanya membisu. Tidak tahu-menahu mereka mengenai kehadiran kertas tersebut di atas mejaku. Ku buka lipatan kertas tersebut...

   *         *          *
        *         *          *
    *         *          *
Seindah sinar bintang    * menerangi malam...begitulah dirimu menerangi hidupku...
   *     *      *   Mr. Star








        Hatiku berdebar. Siapa? Detik hatiku. Aku menerima cebisan tersebut hampir setiap hari. Pernah juga aku utarakan kepada Redza.
        “ Ye ke?! Siapa pulak? Ramai betul peminat awak?” katanya.
        “ Syarizal kot? Kan Mr. Star? S untuk Syarizal?” katanya lagi. Aku tidak mampu berkata apa-apa.

          Sebulan sebelum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku tidak lagi menerima cebisan tersebut, sebaliknya digantikan dengan sistem pesanan ringkas daripada... Mr. Star?! Ia berterusan sehingga dua minggu sebelum Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah itu, aku tidak lagi menerima mesej tersebut. Setelah mendapat keputusan SPM, aku layak dan terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di dalam jurusan perubatan berbekalkan keputusanku yang cemerlang. Redza dan Syarizal turut bersama-samaku, Redza di dalam jurusan Geologi, manakala Syarizal di dalam jurusan Engineering. Kami seringkali menghabiskan masa antara dua waktu kuliah bersama, sama ada di kantin atau di perpustakaan. Dua minggu menjalani kehidupan di Kampus untuk tahun terakhir, aku kembali menerima mesej yang dahulunya aku terima sewaktu menuntut di MRSM Taiping. Kali ini, aku memberanikan diri untuk membalas.
      “ Awak siapa? Kenapa tak berani berhadapan dengan saya? Saya nak sangat jumpa dengan awak,” mesej dihantar. Seketika, “Tit! Tit!”
      “ Saya bukan tak berani... Saya tak bersedia... Awak kenal saya... Saya nak jumpa awak, di tasik Taman Nirwana pukul 10 malam,”

      “ Tit! Tit! Tit! Tit!!” deringan telefon bimbitku membawa lamunanku pergi jauh. Jauh daripada kotak ingatanku dan membawaku kembali ke alam realiti. Ya! Aku di sini kerana janji Mr. Star. Telefon bimbit yang sedang menjerit aku jawab dengan kadar segera.
       “Helo? Assalamualaikum...,” sapaku kepada pemanggil.
       “Helo? Waalaikumussalam...Cik Ziela ke?” soal si pemanggil.
       “Ya, saya. Siapa ni?” aku kembali menyoalnya.
       “Saya pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur. Saya harap Cik Ziela dapat bergegas ke sini dengan segera kerana rakan cik telah ditimpa kemalangan,” kata-kata pegawai perubatan tersebut membuatkan rasa sebak mula bercambah di hati.
       “Encik sudah hubungi ahli keluarganya?” soalku lagi walaupun air mata sudah mula bergenang di tubir mata.
       “Tidak...Hanya nombor cik yang ada di dalam telefon bimbitnya,” balas pegawai perubatan tersebut. Kata-katanya turut membuatku tersentak.
       “Ya Allah! Mr. Stars?!” detikku di dalam hati.

    Aku bergegas ke Hospital Kuala Lumpur. Setibanya di sana, aku diiringi pegawai yang menghubungiku sebentar tadi. Dia menyerahkan sepucuk surat bersama sebuah pita rakaman suara kepadaku lalu membawaku ke ICU di mana lelaki yang dianggapnya sebagai sahabatku, ditempatkan. Lampu bilik tersebut masih menyala. Merah. Tanda doktor sedang menjalankan rawatan kecemasan ke atas pesakitnya. Di luar bilik tersebut, aku duduk menunggu kelibat doktor yang merawat Mr. Star. Surat yang ku perolehi daripada pegawai perubatan sebentar tadi aku buka dan ku baca. Tatkala membaca airmataku mengalir laju.
  

    Ziela...
       Dah lama Is nak bagi tahu Ziela...tapi Is belum bersedia...Sekarang Is
       dah sedia... Is nak bagi tahu Ziela yang Is sayang sangat kat Ziela. Sejak
       pertama kali Is kenal Ziela. Is...Is cintakan Ziela... I love you...Dalam
       pita rakaman tu ada lagu-lagu yang menerangkan perasaan Is terhadap
       Ziela...Is harap Ziela suka lagu-lagu tu...
                                                                           Salam Sayang,
                                                                      Farouq Redza Iskandar

    Hatiku tersentak. Segera aku keluarkan pemain pita rakaman yang kebetulan ada di dalam beg galasku. Ku mainkan pita rakaman pemberian Redza. Seketika berkumandang lagu “Dibius Cinta” dendangan Yusry KRU dan Melly Goeslow, “Jangan Bilang Tidak”, “Benar-Benar” nyanyian Adam AF dan lagu yang paling menyentuh hatiku, “Lucky” dendangan Jason Mraz dan Colbie Caillat...

Do you hear me?
I’m talking to you,
Across The water, across the deep blue ocean,
Under the open sky,
Oh my, Coz baby I’m trying...
Boy I hear you,
In my dream, I feel you whisper,
Across the sea,
I kept you with me, In my heart,
You make it easier when life gets hard...
Lucky I’m in love with my best friend,
Lucky to have been what I had been,
Lucky to become in home again...

      “REDZA!!!” aku meraung semahunya. Tidak sangka selama ini, Redza menyimpan perasaan terhadapku. Tetapi, dia tidak tahu bahawa aku juga turut menyimpan perasaan terhadapnya. Aku segera menghubungi kedua ibabapanya. Setengah jam kemudian, Puan Rozita tiba di hospital. Matanya merah mungkin kerana menangis sepanjang perjalanan ke hospital. Kerjanya di Pusat Penyelidikan MARDI, ditinggalkan demi anak sulungnya. Sepuluh minit kemudian, Encik Lokman Harris muncul di ruang hospital.
      “Makcik... Maafkan saya...,”kataku sambil memeluk erat tubuh Puan Rozita.
      “Tidak Ziela... Ziela tak bersalah... Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan Is...,” balas Puan Rozita menenangkanku.
     Aku duduk di kerusi berhadapan dengan wad ICU. Hatiku tidak habis-habis berdoa.
        “Ya Allah...Selamatkanlah sahabatku, selamatkanlah cinta sejatiku...,”pintaku di dalam hati.
        Hampir pukul 3 pagi, kelibat doktor mula kelihatan. Aku dan Puan Rozita sama-sama menegur doktor berkenaan.
        “Bagaimana dengan Is doktor?” kataku dan Puan Rozita serentak.
        Tiada sebarang tindak balas. Doktor tersebut hanya mendiamkan diri sambil menggelengkan kepala. Airmataku tidak terbendung.
        “TIDAK!!! Tidak! Tidak! Doktor tipu! Is tak mati lagi!!!” sekali lagi aku meraung lantas berlari masuk ke dalam bilik ICU. Aku terhenti di hadapan pintu. Tubuh Redza kaku di pembaringannya. Segala kelengkapan pembedahan sudah dikemaskan. Aku melangkah perlahan. Semakin lama, semakin dekat dengan tubuh kaku itu. Wajahnya semakin jelas kelihatan walau dalam kesuraman. Pucat. Itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan wajah Redza ketika itu. Airmata merembes lagi. Tidak tahan rasanya melihat wajah sayu itu. Ku hampirkan wajahku ke wajahnya.
         “Is...Bangun Is... Ziela dah datang... Bangunlah Is...,” kataku dalam esakan sambil membelai wajahnya.
    Tiada respon.
         “Is!!!” kataku sedikit menekan. Ku dakap tubuhnya yang kaku itu.
         “Is... Ziela dah datang...Is bangunlah...Ziela nak bagi tahu Is...Ziela pun cintakan Is...I love you too...,”bisikku di telinganya.
         “I love you three...,”suara lelaki tersebut membuatkan aku tersentak. Dakapan erat ku lepaskan sepantas mungkin. Wajah Redza ku renung.
         “Is?! Is tak mati lagi?? Doktor??” soalku penuh tanda tanya kepada doktor yang sudah berada di pintu bilik ICU bersama Puan Rozita dan Encik Lokman Harris. Segala drama yang berlangsung sebentar tadi telah menjadi tatapan umum! Warghh!! Detik hatiku. Namun begitu, aku tidak nafikan hatiku berbunga ceria melihat Redza kembali bersuara.
          “Saya tak cakap pun Is dah meninggal dunia...,”balas doktor berkenaan.
          “Tapi, tadi doktor menggeleng...,”
          “Doktor menggeleng sebab tak percaya dengan keadaan Is tu haa... Dia boleh tengok doktor bedah kaki dia siap terbeliak lagi...tu yang buat doktor menggeleng tu...” Puan Rozita memintas kata-kataku.
           “Ziela...Jadi bintang Is... untuk selamanya...?” pinta Redza dalam keadaan terketar-ketar, mungkin kerana menahan kesakitan. Aku menoleh ke arahnya. Lama ku merenung wajahnya, mencari kesungguhan dari kata-kata yang baru diucapkan sebentar tadi. Senyuman terbit di bibirku bersama anggukan bagi membalas permintaannya dan bagi menyatakan kesudianku menjadi bintangnya.
        Ya! Aku hampir terlupa. Aku mengenali Redza segalanya kerana bintang. Namun, kehadiran Syarizal telah membutakan mata hatiku sendiri. Masih jelas di ingatan, perkenalanku dengan Redza... Tika itu, aku berada di kerusi batu bersebelahan Dewan Sri Larut, Maktab Rendah Sains MARA Taiping.
       “Hai! Tengah buat apa?” sapaan daripada seorang pelajar lelaki mengejutkan diriku.
       “Erm...tengah tengok bintang...Cantik sangat,” balasku teragak-agak apabila dia mula mengambil tempat di sebelahku.
       “Suka bintang?” soalnya lagi sambil memandang ke arah langit.
       “Yup!” balas ku ringkas.
       “Kalau macam tu...Boleh saya jadi kawan awak? Saya pun suka bintang juga... Nama saya Farouq Redza Iskandar... Awak?,” permintaannya membuatkan aku tersentak. Dikala insan daripada kaum ADAM di MRSM Taiping memulaukanku atas sikapku terhadap mereka, masih ada seorang daripada kaum tersebut menghulur salam persahabatan kepadaku.
         “Saya...Azilah...,” balasku kembali menoleh ke dada langit yang dihiasi bintang bekerdipan.
         “Panggil Ziela boleh?”soalnya lagi. Aku mengangguk lantas menyoalnya kembali.
         “Panggil Is... Boleh?” kata-kataku membuatkan Redza menoleh.
     Kami sama-sama tertawa.


-end-
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

p/s: comment ley sikit~~ ^_^

Thursday, 18 August 2011

Salam Perkenalan~

Assalamualaikum...



Pada tanggal 15 Julai 1991, tangisan seorang bayi perempuan telah 
memenuhi ruangan Unit Bersalin Hospital Besar Kampar, Perak.
Tangisan ketakutan.
Tangisan jeritan "Di mana Mu Ya Allah!!".
Namun, tangisan tersebut disambut gembira oleh insan bernama Ayah
jua insan bernama ibu.
Bayi perempuan tersebut telah dibesarkan.
Diberi kasih sayang, ditatang bagai minyak yg penuh
sungguhpun dalam keadaan serba kekurangan.
Kini, bayi tersebut telah membesar
menjadi seorang gadis sunti
yang kini menuntut di menara gading.
Setelah bersusah payah menjalani kehidupan sebagai murid dan pelajar



sekarang dia bergelar mahasiswi.
Dia gembira.
Namun, pemergian ayah suatu tika dahulu
telah memudarkan sedikit kegembiraannya.
Andaikata ayah masih ada, pasti dia gembira. Melihat salah seorang dari anaknya kini,
berjaya ke menara gading.
Mase yang terluang gadis ini, selalu diisi dengan bacaan Novel
juga aktiviti melukis.

"INILAH KISAHKU. PADA PAPARAN INI, AKAN AKU KONGSI BERSAMA KALIAN,
EPILOG2 HIDUPKU UNTUK DIJADIIKAN PEDOMAN BERSAMA. :)"


Ini pertama kali saya join blog2 ni...saya harap sesiapa yang follow saya nt, boleh bagi komen about all my writing...in simple word, i am a writter...